BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 14, 2010

Not This Month :(

Salam Semua..
Pada bulan Mac ini, 2 ekor arnab KR telah melahirkan.

Pertama Yuri (post sebelum ini) telah melahirkan 5 ekor tetapi kesemuanya telah pergi dalam masa 3 hari, kerana Yuri tidak mahu memberikan susu kepada anaknya, KR telah berusaha untuk memaksa Yuri menyusui tetapi masih gagal:(

Kedua Yura, telah melahirkan sebanyak 6 ekor tetapi apa yang menyedihkan Yura telah memakan kesemua anaknya sendiri, mungkin disebabkan Yura telah melahirkan seawal-awal pagi dalam pukul 1 atau 2 pagi dan KR cuma dapat menjenguk pada pukul 8 pagi..

F.Y.I kedua-dua arnab ini tidak menunjukkan tanda-tanda untuk melahirkan seperti kebiasaannya iaitu mencabut bulu mereka, dan KR tidak pula menyediakan tempat untuk mereka melahirkan, lalu anak-anak arnab tersebut lahir begitu saja tanpa ada alas atau bakul.
Faktor kedua mungkin juga disebabkan keadaan cuaca yang begitu panas dan menyebabkan kesukaran kepada ibu-ibu arnab ini untuk memberikan susu kepada anak-anak mereka serta membuatkan mereka menjadi kurang selesa akan tempat dan keadaan tersebut..

KR harap kelahiran yang akan datang dapat dibesarkan dan dijaga dengan baik, ini dapat menjadikan pengalaman baru kepada KR dalam penjagaan anak-anak arnab dan induk arnab.

0 comments: